FEB2023: Berita Gembira Untuk Pembantu Qasim


﷽ 


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada bulan Februari 2023. Dia berkata, dalam mimpi ini aku melihat aku berada di sebuah bilik. Dan ada dua lagi orang yang ada bersamaku. 


Seorang dari mereka berkata, bahawa mimpi Qasim adalah benar dan semuanya akan terjadi seperti yang Qasim telah lihat di dalam mimpinya. 

Seorang lagi berkata, tidak, dia adalah seorang penipu. 


Orang pertama tadi membalas, “Kenapa kamu tidak bertanya kepada Muhammad ﷺ?”.


Orang kedua menjawab, “Tidak perlu untukku bertanya. Lihatlah sahaja rupanya” dan dia menunjuk ke arahku bermaksud yang aku tidak menyimpan janggut/jambang, dan aku juga tidak kelihatan seperti orang-orang yang alim. 


Kemudian orang pertama itu berkata kepadanya, “Kenapa kamu tidak bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ?”.


Lelaki itu membalas, bagaimanakah aku boleh bertanya?


Kemudian aku melihat lelaki pertama itu mengeluarkan telefonnya dan mendail untuk menelefon seseorang. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ menjawab panggilan itu. 


Jadi orang yang tidak percaya dengan mimpi Qasim, bertanya siapakah Qasim? Adakah dia seorang penipu?


Kemudian Muhammad ﷺ  berkata, “Bukankah aku telah memberitahumu apa-apa berita gembira mengenai Masa Akhir?

Bukankah mesej Qasim adalah mesej yang sama yang dibawa oleh Ibrahim a.s dengan memecahkan patung berhala dan (mesej) yang aku bawa dengan memecahkan patung berhala dalam peristiwa penaklukan Mekah?”

“Dan jika mesej Qasim adalah berbeza dengan mesejku dan mesej yang dibawa oleh Ibrahim a.s, maka kamu mungkin boleh  untuk tidak bersetuju”. 


“Tetapi jika kamu menafikan walaupun setelah kamu melihat semua tanda-tanda, maka kamu adalah (orang yang) ingkar.”


*Dan sesiapa sahaja yang membantu Qasim, adalah pembantuku. Dan sesiapa sahaja yang bersahabat/berteman dengan Qasim adalah sahabat/temanku.*