12DIS2017: PERSIAPAN GHAZWATUL HIND

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Dalam satu mimpi pada 12 Oktober 2017, aku MUHAMMAD QASIM melihat bahawa aku sedang duduk di dalam rumahku. Itu adalah rumah sewa yang sudah tua.

 

Aku sedang bersama beberapa orang di dalam satu ruangan. Kemudian Allah ﷻ menghantar kepadaku sebuah jentera terbang dan berpesan kepadaku bahawa ada satu tempat di angkasa dan Allah ﷻ memanggilku untuk datang kesana.

 

Aku menjadi sangat gembira Allah ﷻ memberiku tugasan untuk dikerjakan, dan Jibril a.s juga datang ke sini. Aku telah bersiap sedia di dalam jentera terbang itu, kemudian aku memandang ke arah Jibril a.s tetapi dia pergi ke dalam ruangan di dalam rumah di mana orang-orang sedang berkumpul.

 

Maka aku pun terbang ke arah tempat yang diperintahkan. Aku terbang dengan kelajuan penuh dan aku terbang jauh ke luar angkasa bumi.

 

Aku melalui satu tempat yang dipenuhi kegelapan di mana-mana, dan ketika aku melihat ke belakang di sana pun juga dipenuhi kegelapan, tapi aku tidak berhenti dan terus bergerak ke depan.

 

Tiba-tiba, beberapa kuasa jahat datang dan berkata, “Hentikan dia! Kalau dia sampai ke tempat itu maka kita akan hancur!” Dan mereka pun menyerang jentera terbangku.

 

Jentera terbangku pun hancur tetapi aku selamat semata-mata kerana bantuan Allah sw.t dan tidak ada perkara buruk yang terjadi kepadaku tetapi aku melayang-layang di angkasa sendirian.

 

Aku terus terbang melayang menjauhi gempa? kerosakan dan aku mengawal tubuhku dan mencari jalan untuk balik.

 

 Tapi aku tidak faham dari mana aku datang, kemudian aku mengagak-agak arahnya dan bergerak ke arah tersebut menggunakan tanganku dan mengeluarkan banyak tenaga.

 

Ketika aku mendapatkan kelajuan tinggi, aku berkata, “Allah telah menyelamatkanku di luar angkasa ini dan telah menjadikan aku boleh terbang tanpa jentera, maka Dia pasti akan menunjukkan kepadaku jalan yang benar, sehingga aku dapat balik ke bumi, dan pulang ke rumahku.”

 

Aku terus terbang dengan perasaan takut kalau aku tersesat maka kemungkinan aku tidak akan pernah dapat pulang.

 

Tiba-tiba aku melihat bumi dan menjadi sangat gembira, dan kemudian Allah ﷻ membawaku tiba di rumahku.

 

Ketika aku sampai di rumah, aku melihat Jibril a.s masih duduk bersama orang-orang itu. Aku merasa seperti dia berbicara dengan orang-orang itu dan menceritakan kepada mereka tentang aku.

 

Setelah aku datang, dia pun memandangku. Aku tertanya, “Kenapa Jibril a.s memandangku dan kenapa dia masih disini?

 

Aku baru balik dari perjalanan yang sangat jauh tapi dia masih di sini, dan apa yang dia lakukan dan duduk bersama orang-orang ini?”

 

Kemudian, selepas beberapa ketika Jibril a.s pergi dari sini dan orang-orang itu pun juga pergi.

 

Sejak sampai ke bumi aku tidak berjumpa dengan sesiapa pun lagi dan juga tidak bercakap kepada sesiapa pun. Aku pun duduk di ruangan lain dan mula berfikir.

 

Aku berkata, “Kenapa Allah ﷻ tidak mengingatkanku bahawa akan ada bahaya di dalam perjalanan tadi, jika Allah ﷻ memberitahuku tentu aku tidak akan pergi ke arah itu.”

 

Aku menjadi sangat sedih. Aku berkata, “Aku telah mengambil banyak sekali risiko dan telah pergi sangat jauh. Aku telah menggunakan seluruh tenagaku dan hasilnya tetap kosong.

 

Kalaulah aku tahu, maka aku tidak akan menempuh perjalanan ini.” Kemudian aku mula menjadi lemah.

 

Kemudian aku pergi ke satu tempat dan aku bertemu dengan seorang lelaki yang ada di antara mereka yang ada di dalam ruangan tadi.

 

Dan dia bertanya kepadaku, “apa yang terjadi kepadamu? Mengapa engkau terlihat sangat sedih?” Aku berkata, “Allah ﷻ memberiku sebuah tugasan untuk diselesaikan tetapi aku tidak mampu melakukannya. Aku menjadi semakin lemah kerana tugasan ini jauh melampaui kemampuanku.”

 

Dia berkata, “Jangan berputus asa seperti ini, masa-masa sukar ini satu masa nanti akan berakhir. Sebaiknya kamu pergi periksa dirimu ke doktor.”

 

Maka aku pun pergi ke seorang doktor dan dia memberiku ubat, dan dia berkata, “minum ubat ini dan kau akan sihat kembali.” Aku pun kembali dan berfikir di mana aku boleh dapatkan ubat-ubat ini?

 

Aku menunjukkan ubat itu ke lelaki yang aku jumpa tadi, dia berkata, “Aku tahu di mana nak dapatkan ubat ini, aku akan carikan untukmu.”

 

Kemudian aku datang ke sebuah tempat di mana ada seorang lelaki sedang membina rumah. Dia membina rumah itu dengan sangat baik. Melihatkan ini aku berkata, “aku berharap aku dapat mempunyai rumah seperti ini juga.”

 

 Kemudian aku bertemu dengan orang kedua, yang mana dia juga ada bersama orang-orang yang tadi ada di dalam ruangan di rumahku.

 

Orang itu berkata, “Qasim, kami sedang membina rumah untuk kamu.” Aku menjadi sangat terkejut, “Mereka membina rumah untukku? Di mana dan kenapa?”

 

Dia membawaku ke satu tempat, dan semua orang-orang yang tadi ada di dalam ruangan di rumahku ada di tempat itu juga.

 

Aku berkata, “Ini adalah orang-orang yang sama dengan orang yang ada di dalam rumahku, dan sebelum aku melakukan perjalanan ke luar angkasa aku sedang duduk bersama mereka.

 

Kenapa orang-orang ini mahu melakukan semua ini untukku? Dan bagaimana mereka tahu bahawa aku ingin mempunyai sebuah rumah?”

 

Orang-orang itu bekerja dengan penuh dedikasi dan kejujuran. Aku berfikir jangan-jangan mereka mendapatkan pesanan dari Allah ﷻ untuk melakukan ini semua?

 

Kemudian orang yang tadi membelikanku ubat datang. Setelah melihat ubat itu aku berkata, “Ini adalah multivitamin yang biasa ayahku minum,”  kemudian aku minum ubat itu dan mula melihat-lihat rumah itu.

 

Rumah itu agak kecil, selepas melihatnya aku berkata, “Ini adalah rumah yang kecil, sukar bagi kita semua untuk boleh masuk ke dalamnya bersama-sama, dan rumah ini juga tidak ada kawasan yang luas untuk berjalan. Aku mesti membina rumah yang besar,”

 

Dan muncul di dalam bayanganku satu rumah besar yang selalu ada di dalam mimpi-mimpiku.

 

Kemudian aku berkata, “Rumah kecil ini lebih baik daripada tidak ada sama sekali. Buat masa ini kita boleh menggunakan rumah ini, dan jika Allah ﷻ berkehendak maka kita juga akan mendapatkan rumah yang besar itu juga.

 

Orang-orang ini telah berkerja sangat kuat untuk membangunkan rumah kecil ini. Aku masih berdiri dan memikirkan ini semua. Kemudian datang seseorang mendekatiku dan berkata bahawa sebuah pertempuran telah berlaku di satu tempat. Tempat itu sangat terkenal.

 

Aku berkata, “bagaimana itu boleh berlaku?” Dia berkata, “Itu semua berlaku secara tiba-tiba, kau boleh melihatnya sendiri.” Ketika aku menonton tv ternyata benar sebuah pertempuran berlaku disitu. Pertempuran itu terus tersebar ke merata tempat, dan itu menjadi penyebab tragedi yang sangat besar. Aku berkata, “pertempuran ini masih terus tersebar.”

 

Orang-orang yang bekerja bersamaku mula bekerja semakin kuat, dan mereka menyampaikan kepada orang-orang bahawa ini semua akan terjadi sebagaimana yang Qasim lihat di dalam mimpi-mimpinya.

 

Aku menjadi terkejut melihat ini semua, aku berkata, “Orang-orang ini adalah orang-orang yang sangat jujur dalam menyebarkan berita ini, mereka menyampaikan pesanan kepada semua orang supaya bersatu, kerana jika tidak, maka negara-negara Islam akan hancur disebabkan peperangan ini.”

 

Ramai orang yang duduk di sekeliling mereka dan memerhatikan peringatan ini dan ramai di antara orang-orang itu mempercayai mereka.

 

Aku berkata, “aku harus pergi ke sana dan melihat sendiri apa yang sedang berlaku.”

 

Sampainya aku di sana, sedang berlaku peperangan sengit antara muslim dengan non-muslim. Aku tidak tahu apa yang boleh aku lakukan. Kaum muslimin menghadapi kerugian yang sangat besar.

 

Aku mengumpulkan keberanian dan maju ke depan. Ada satu garis yang menuju ke satu tempat, aku pergi ke arahnya dan sampai di satu tempat yang terbuka.

 

Aku sangat terkejut dengan apa yang aku lihat, iaitu angkatan bersenjata non-muslim telah bersiap siaga disana. Setelah melihat ini, aku berkata, “Ini adalah angkatan bersenjata yang sama seperti yang aku lihat di dalam mimpi-mimpiku, iaitu ketika mereka menghancurkan Turki dan Saudi Arabia dan bergerak menuju Pakistan.”

 

Ada banyak pesawat helikopter dan angkatan darat disana. Aku merasa bahawa tentera ini adalah angkatan tentera dajjal.

 

Setelah melihat ini semua, aku berkata, “Kita muslim belum cukup kuat untuk memerangi tentera-tentera ini.” Aku pun kembali dan menyampaikan kepada orang-orang tadi dan menceritakan semuanya kepada mereka, bahawa angkatan bersenjata non-muslim telah siap sedia dan ini adalah masanya untuk orang-orang kafir itu menghancurkan negara-negara Islam.

 

Mereka berkata, “maksudnya kita sudah tidak ada banyak masa!” Orang-orang itu terus berusaha untuk megumpulkan lebih ramai orang dengan pesan seruan ini, dan menyampaikan bahawa orang-orang kafir sedang merancang untuk menyerang dengan serangan yang sangat besar terhadap kita, dan jika kita tidak menggunakan fikiran kita dan bersatu, maka bencana besar akan menimpa kita.

 

 

Pakistan akan memainkan peranan yang sangat besar dalam peperangan ini. Waktu untuk Perang India Hindu (Ghazwatul Hind) telah sangat dekat, dan pada ketika ini aku melihat beberapa orang terkenal datang dan duduk di sekeliling mereka dan mendengar dengan sebaik-baiknya.

 

Dan mimpinya berakhir disini.