12/JAN/2022: NABI MUHAMMAD ﷺ GEMBIRA.

 12 JANUARI 2022

BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

Di dalam mimpi ini aku Muhammmad Qasim melihat diriku berada di dalam bilik sedang duduk bersama dengan orang lain. Bilik itu gelap dan aku tidak dapat melihat wajah orang di sekelilingku. 

Kami sedang membuat rancangan dan mengusahakan sesuatu serta bercakap antara satu sama lain. 

Pada waktu itu, tiba-tiba Nabi Muhammad ﷺ masuk ke dalam bilik. Setibanya baginda ﷺ, kami semua berdiri untuk memuliakan junjungan Nabi Muhammad ﷺ. 

Kami menghormatinya seolah-olah ibarat seorang bos atau pakar perniagaan yang hebat bertemu dengan pekerjanya dan pekerja berdiri dengan penuh rasa hormat. 

Kemudian Nabi Muhammad ﷺ datang dekat kepadaku dan berjabat tangan denganku serta melihat baginda ﷺ begitu teruja dan gembira bertemu denganku. 

Baginda ﷺ bertemuku dengan sangat gembira seolah-olah ibarat seseorang telah bertemu dengan seseorang yang telah lama menghilang dan sudah lama tidak berjumpa.

Sambil bersalaman dengan Nabi Muhammad ﷺ, aku terfikir di dalam hati bahawa kita ini hanya manusia biasa yang sederhana, Kita tidak ada yang istimewa dan melakukan dosa tetapi Nabi Muhammad ﷺ menemui kita dengan penuh rasa hormat dan gembira. 

Kemudian aku berkata bahawa kita adalah pendosa tetapi kita tidak melakukannya dengan sengaja. Kita melakukan dosa dalam kejahilan dan Allah ﷻ merahmati kita. 

Kita tidak seperti orang lain yang sengaja dan berulang kali melakukan dosa.

Kemudian aku melihat Nabi Muhammad ﷺ mula berjumpa dengan orang lain di dalam bilik. Pada waktu ini, aku berpendapat bahawa Allah ﷻ telah mengasihani kita dan memilih kita daripada berbilion manusia di dunia ini dan Nabi Muhammad ﷺ berharap kepada Allah ﷻ agar kita dapat melaksanakan tugas yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ sebelum ini. 

 Tugasnya adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar ke seluruh dunia.

Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ bertemu semua orang lain di dalam bilk dengan keterujaan dan kegembiraan yang sama. 

Seolah-olah kita telah melakukan sesuatu yang hebat untuknya, dan juga akan melakukan sesuatu yang hebat lagi pada masa akan datang. 

Aku merasakan Nabi Muhammad ﷺ mempunyai darjat, status dan kerohanian yang sangat tinggi dan patut dihormati tetapi Baginda ﷺ menemui kami dengan penuh rasa rendah diri dan sangat gembira bertemu kami. 

Mimpi berakhir.

#MimpiMuhammmadQasim